Nabila Huda hidap slip disc, minta ubat tahan sakit paling kuat demi selesaikan teater muzikal - Hiburan |

PELAKON Nabila Huda disahkan menghidap masalah slip disc selepas menjalani pemeriksaan akibat sakit pinggang yang dialaminya.
Menurut Nabila, kali ini masalah sakit pinggang yang terpaksa ditanggung lebih teruk sehingga nekad mendapatkan rawatan ke hospital.
“Dulu saya pernah cakap ada masalah sakit pinggang, tapi dah lama tak buat perangai.
“Dua hari lepas, ketika bangun tidur, tiba-tiba menyerang semula. Kali ini sakit lain macam sampai susah nak berdiri.

Nabila berkongsi video ketika melakukan pemeriksaan.
“Pergi hospital nak buat MRI (pengimejan resonans magnetik) untuk tahu masalah, konon mahu sedapkan hati, tapi didiagnosis slip disc. Selesai penutup 2025,” katanya.
Nabila berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis berserta video sedang menerima rawatan.
Menurut Nabila, disebabkan sudah menerima tawaran teater muzikal, Masmoona dia meminta kebenaran doktor untuk mendapatkan ubat tahan sakit bagi membolehkan dia melunaskan tanggungjawabnya itu.
“Gila nak MC? Orang dah beli tiket. Siapa nak gantikan karakter Malam?
“Saya cakap dengan doktor beri peluang untuk selesaikan empat persembahan ini. Beri ubat tahan sakit paling kuat. Selepas ‘show’ saya janji akan buat fisioterapi,” ujarnya.
Nabila turut berkongsi reaksi doktor yang dikatakan hanya tersenyum apabila dia meminta untuk tidak mendapatkan rawatan segera.
0 Response to "(VIDEO) Air Mata Mengalir Lihat Keadaan Terkini Nabila Huda, Anak Lagenda Rock Kini Terlantar Tak Mampu Bergerak...Keadaan Terkini Nabila Amat Merisaukan Ramai Pihakš±..Semoga Diberikan Kesembuhan"
Post a Comment