X Promosi

Kenapa post camtu?. Ini respon fazura lepas viral gambar dengan bekas suami hari ini ‎




Kemunculan Fazura, Fattah Amin luang masa di acara sekolah Fatima raih perhatian

​Fattah (kanan) dan Fazura (kiri) meluangkan masa bersama anak mereka, Fatima.

​PELAKON Fazura dan Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila meluangkan masa bersama bagi meraikan Hari Kebudayaan di sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya.

​Menerusi perkongsian di media sosial, detik istimewa itu menjadi kenangan bermakna buat Fatima Aisya apabila dia berpeluang berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya pada acara berkenaan.

​Fatima, 6, turut berkongsi keterujaannya menyambut Hari Kebudayaan tahun ini, termasuk pengalaman membuat persembahan yang berjaya membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

​(Gambar)

​Fatima (kiri) teruja dapat meraikan acara sekolah bersama ibu dan bapanya.

​"Saya mempunyai pengalaman yang paling bermakna pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy (Fazura) dan daddy (Fattah).

​"Saya telah membuatkan ibu bapa saya begitu bangga dengan persembahan saya.

​"Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy," tulisnya.

​ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tak sangka Fatima ada bakat menyanyi

​ARTIKEL BERKAITAN: Fazura bangga pencapaian abang tamat pengajian undang-undang, Fatima mahu ikut jejak langkah 'pak long'

​Dalam pada itu, Fatima turut berkongsi bahawa dia sempat menyediakan sandwic untuk ibunya serta yogurt buah-buahan untuk bapanya sebagai tanda penghargaan.

​"Hari ini (Sabtu), mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraf tangan saya di sekolah, dan saya sangat teruja untuk terus belajar dengan lebih rajin sebagai persediaan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan.

​"Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan peluang yang diberikan," ujarnya.


0 Response to "Kenapa post camtu?. Ini respon fazura lepas viral gambar dengan bekas suami hari ini ‎"

Post a Comment