Datuk Red Tamatkan Zaman Duda, Selamat Bernikah dengan Rohanita
Personaliti media sosial, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 48, kini kembali bergelar suami selepas selamat menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan hati, Rohanita, pada Jumaat.
Majlis akad nikah pasangan tersebut yang diadakan di sebuah masjid di ibu negara bertemakan busana serba putih. Detik istimewa itu turut dikongsikan secara langsung menerusi platform TikTok, sekali gus mendapat perhatian serta ucapan tahniah daripada ribuan pengikutnya.
Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Red menzahirkan rasa syukur dan penghargaan mendalam terhadap isterinya yang sanggup menerima dirinya seadanya.
"Dia tahu susahku, dia tahu kekuranganku, dia tahu kebencian orang terhadapku, tapi dia memilih untuk tidak pergi. Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala-galanya. Sayang @rhnita hingga akhir hayatku," tulisnya.
Untuk rekod, Datuk Red sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Adira Suhaimi pada Disember 2015 sebelum disahkan bercerai pada April 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayob.

0 Response to "Datuk Red Tamatkan Zaman Duda, Selamat Bernikah dengan Rohanita"
Post a Comment