Abby Abadi Puji Munir Akhunov, Minta Orang Ramai Beri Ruang & Berhenti Ungkit Kisah Silam
Pelakon terkenal, Abby Abadi, menyifatkan lelaki yang kini rapat dengan anaknya, Marissa Dania—iaitu Munir Akhunov—sebagai seorang yang baik dan mempunyai keperibadian serta adab yang tinggi.
Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok miliknya, Abby memohon agar orang ramai memberi ruang dan peluang kepada lelaki berkenaan untuk memperbaiki diri serta menjadi insan yang lebih baik.
"Bagilah ruang. Tiada manusia yang sempurna. Munir ni merantau ke Malaysia ikut agen. Dia sambung belajar dan bekerja di sini. Sekarang sambung degree. Baru sangat dia berkawan dengan anak saya tapi dah keluar cerita macam-macam. Cerita 2019 pun keluar semula," jelas Abby.
Isu Kewangan & Hutang Sudah Selesai
Menyentuh mengenai dakwaan atau krisis kewangan yang pernah timbul membabitkan pemuda tersebut, Abby menegaskan bahawa perkara berkenaan telah pun diselesaikan dan hutang yang dimaksudkan sudah dilunaskan sepenuhnya.
"Pinjam-meminjam itu dah dibayar semula. Munir kata dia datang ke Malaysia semasa antara umurnya 18 hingga ke 19 tahun. Logiklah dia tidak ada apa-apa pada ketika itu. Dia pun dah bayar semula, nak macam mana lagi?" katanya.
Abby turut menambah bahawa adat orang muda berkawan dan bercinta itu perkara biasa, malah tidak terlepas daripada fasa kegagalan.
"Biasa lah budak muda, berkawan, bercinta tapi tak jadi. Perkara itu biasa sebab kita pun pernah muda. Tapi perkara itu tidak sepatutnya jadi ungkitan."
Titip Pesanan Buat Munir & Marissa
Mengakui tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan, Abby menitipkan pesanan khas buat Munir agar membuktikan persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya adalah tidak benar, di samping sempat memberi peringatan buat anaknya.
"Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Untuk Munir, macam saya cakap dekat awak, buktikan yang awak tidak seperti yang mereka katakan... dan untuk Marissa, jaga diri," tulisnya lagi

0 Response to "Fuhh.. Lepas ni Baru Abby bleh buat Majlis Nikah yg betul. Akhrnya Abby sndiri Umum berita Gembira "
Post a Comment