
Keadaan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya kembali jadi perhatian netizen selepas satu video memperlihatkan beliau berada di sebuah kafe mula tular di media sosial.
Ramai yang mengakui rasa lega melihat bekas Perdana Menteri Malaysia itu kelihatan semakin bersemangat selepas sebelum ini menjalani fisioterapi akibat kecederaan patah pinggul kerana terjatuh di bilik air. Dr Mahathir senyum dan lambai kepada orang ramai
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, Dr Mahathir dilihat sedang duduk santai di sebuah kafe sebelum menyedari dirinya dirakam oleh individu berhampiran.
Apa yang mencuri perhatian sudah tentu reaksi beliau yang tetap tenang dan mesra apabila sempat memberikan senyuman sambil melambaikan tangan ke arah kamera.
Walaupun masih memerlukan kusyen sebagai sokongan ketika duduk, wajah beliau jelas nampak ceria dan positif menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-101 pada Julai nanti.
Netizen doakan kesihatan Dr Mahathir. - ohmedia
0 Response to "Sebak Tengok Keadaan Tun M 😢, "Tgh buat treatment pun masih boleh senyum lagi.." Lama mnyepi, Tgok ni keadaan Tun M buat rmai sayu😢 "
Post a Comment