X Promosi

Ada yg Minta batal kn perkawinan? Tgok ni Ayat Pedas Bkal istri dato red buat ramai Setuju ‎


 

Datuk Red Bakal Tamatkan Zaman Duda Julai Ini, Mahu Fokus Perkara Wajib Sahaja

​Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, khabarnya bakal menamatkan zaman dudanya pada Julai depan.

​Dalam satu temubual eksklusif bersama mStar, Datuk Red berkongsi bahawa majlis perkahwinannya dengan pilihan hati akan diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur. Beliau menegaskan mahu fokus kepada perkara yang wajib sahaja bagi majlis tersebut.

​"Insya-Allah, bulan 7 nanti. Saya buat dekat KL, ringkas-ringkas sahaja. Buat majlis nikah sahaja," katanya.

​Bercerita mengenai bibit perkenalannya dengan bakal isteri yang dikenali sebagai Rohanita, beliau mendedahkan hubungan mereka bermula atas dasar kerja.

​"Saya kenal dia dalam tahun ini juga. Asalnya daripada tolong review barang dan berniaga, lama-lama kami berkenalan dan akhirnya nak berkahwin," jelasnya.

​Datuk Red juga menegaskan bahawa perkahwinan ini adalah bukti nyata bahawa dia sudah benar-benar melupakan kisah lampau dan sudah 'move on' daripada kehidupan sebelum ini.

​Beliau turut meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana Rohanita ikhlas menerima dirinya seadanya, walaupun kini dia sedang berdepan dengan ujian kewangan yang cukup berat.

​"Alhamdulillah dia terima saya seadanya. Terima di saat saya tidak ada apa-apa. Saya kahwin bukan sebab nak minta tolong bayar hutang, saya hanya nak berniaga dengan dia. Kami bantu-membantu," ujarnya mengakhiri bicara.



0 Response to "Ada yg Minta batal kn perkawinan? Tgok ni Ayat Pedas Bkal istri dato red buat ramai Setuju ‎"

Post a Comment