X Promosi

Betul Kata Azhar sulaiman ada bunian? Jaslinda sempat cerita ada gua yg pnggil masuk. Tak sangka bila msuk ini yg Jas nmpak ‎




Kuala Lumpur: Detik cemas dan menyeramkan menemani pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sepanjang 14 hari hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Tapah, Perak sejak 24 Mei lalu.

Kisah mendebarkan membabitkan Jaslinda tular di media sosial menerusi beberapa klip video yang memaparkan pengalamannya berdepan detik cemas sepanjang tempoh kehilangannya itu.

Menceritakan semula detik awal kejadian, Jaslinda berkata, dia terpaksa meneruskan perjalanan seorang diri selepas mendakwa rakannya meminta beliau bergerak terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan.

"Jadi akak (saya) gerak dulu sampai atas. Kamera (telefon) akak semua bateri habis. Jadi akak pun dah sampai atas, akak tunggu sekejap. Nak tunggu lama ni takut yang tu (rakannya) lama, dia tak larat," katanya.

Bagaimanapun, situasi menjadi semakin mencabar buat dirinya apabila dia mula hilang arah dan berdepan kesukaran fizikal berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.

"Dalam perjalanan, akak jatuh banyak kali. Akak berpusing-pusing di tempat yang sama dan keluar tempat sama.

"Jadi akak tukar belah ke kanan, itu yang jumpa bukit itu. Bukit itu ada dua, tapi sebelum itu akak dah naik gunung itu," katanya.

Mengulas tempoh getir berkenaan, Jaslinda mendakwa usahanya untuk menyelamatkan diri amat menyeksakan sehingga merasakan seolah-olah talian hayatnya sudah hampir tamat.

"Macam nak mati sebab dia punya tanah terlalu lembik, turun naik turun naik (kawasan sekitar). Ada air (di kawasan berkenaan) itu saya minum

"Dia ada macam gua, kita masuklah dan (seolah-olah) disuruh masuk," katanya.

Jaslinda dilaporkan ditemui selepas 14 hari hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di Tapah, Perak dan kini berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon.

Jaslinda dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu. - Harian Metro

Cerita Azhar Sulaiman




0 Response to "Betul Kata Azhar sulaiman ada bunian? Jaslinda sempat cerita ada gua yg pnggil masuk. Tak sangka bila msuk ini yg Jas nmpak ‎"

Post a Comment