Tahniah buat penyanyi tanah air, Ameng Spring! Beliau kini sah bergelar Dato’ selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran berkenaan.
Pengurniaan itu berlangsung sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur, bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan. Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Bagi peminat seni, nama Ameng Spring memang tak asing lagi. Suaranya, lagu-lagunya, dan gaya persembahannya pernah mewarnai industri muzik tempatan. Kini, usaha dan sumbangannya diiktiraf dengan satu darjah kebesaran yang cukup bermakna.
Bukan calang-calang orang dapat. Tahniah Dato’ Ameng Spring! Semoga terus berbakti kepada industri seni dan masyarakat.

0 Response to "Tahniah, Ameng menerima Darjah kebesaran, yg mendapat gelaran bukan calang-calang org dapat.. "
Post a Comment