Pelawak terkenal, Jep Sepahtu tampil meluahkan rasa kecewa terhadap Shuib yang didakwa masih membangkitkan isu persahabatan mereka di khalayak ramai walaupun permohonan maaf telah dibuat.
Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, Jep mengakui sudah muak dengan isu tersebut dan mempersoalkan tindakan menjadikan persahabatan sebagai bahan pemasaran.
“Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini. Aku tak kisah pun kau tak reply wassap aku tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat.”
Dia turut mengaitkan perkara itu dengan kenyataan lama mengenai konsep “bad publicity is still publicity” dan mendakwa isu persahabatan tersebut digunakan untuk tujuan publisiti.
“Sudah-sudah la main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing. Game apa sebenarnya yang kau nak main ni?”
Bangkit Isu Bayaran Dan EPF
Dalam hantaran sama, Jep turut membangkitkan kandungan sebuah podcast yang didakwa menyentuh mengenai isu bayaran.
Dia menegaskan bahawa urusan pembayaran sebelum ini dibuat secara individu dan bukannya kepada kumpulan.
“Kita tak pernah deal payment untuk kumpulan. Dari dulu semuanya deal individu.”
Jep turut meminta supaya namanya disebut secara jelas sekiranya terdapat dakwaan berkaitan bayaran, sambil memberi amaran untuk menghantar surat tuntutan atau LOD sekiranya namanya terus dikaitkan dengan perkara berkenaan.
Selain itu, dia turut membangkitkan isu caruman EPF, mendakwa terdapat caruman yang telah dipotong tetapi belum dibayar.
“Daripada kau duk buat fitnah tak sudah, lebih baik kau settle EPF orang yang kau dah potong tapi TAK BAYAR.”
Minta Tidak Lagi Diganggu
Pada akhir hantaran, individu berkenaan meminta supaya kenalannya berhenti membangkitkan isu tersebut dan tidak mengganggu kehidupannya.
“Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku.”
Dia turut menegaskan tidak mahu lagi terlibat dengan sebarang konflik dan meminta pihak terbabit memberi tumpuan kepada kehidupannya sendiri.
“Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau.”
0 Response to "“Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku.”"
Post a Comment