Rashdan Baba dan Maria Tunku Sabri terkandas di suku akhir Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026.
Meskipun kesemua 10 peserta menunjukkan persaingan sengit, namun persembahan kedua-duanya gagal melayakkan mereka ke pentas separuh akhir. Menerusi komen juri tetap, Jihan Muse, persembahan Rashdan dilihat semakin selesa sejak awal penyertaannya. Manakala Datuk Yusrry Abdul Halim menasihati Maria supaya lebih yakin membuat persembahan jika terus mahu bersaing.
Rashdan menyampaikan lagu Blues Terengganu Kita (nyanyian Iklim) manakala Maria tampil dengan lagu Berdiri Bulu Romaku (Hetty Koes Endang). Sementara itu, Datuk Jalaluddin Hassan yang menyampaikan lagu Widuri (Bob Tutupoli) berjaya menambat hati juri dan berada di kedudukan pertama. Anugerah Emas Berkilau of the Week turut diberikan kepada Jalaluddin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.
Dalam pada itu, Yusrry Abdul Halim mengakui tidak tersinggung dengan tindakan Maria Tunku Sabri yang dilihat kerap mencelah ketika barisan juri memberikan komen terhadap persembahannya. Sebaliknya, Yusrry menganggap situasi tersebut sebagai sebahagian daripada elemen hiburan yang diperlukan dalam program berkenaan.
“Saya tak rasa tersinggung, sebab show ini perlukan momen-momen sebegitu. Maria dia pandai sebab dia sendri mengaku dia bukannya seorang vokalis yang bagus jadi kekuatan dia di situ dia nak jual personaliti dan kekecohan dia,” katanya.
“Pada saya, kalau netizen cakap dia kurang ajar ke, happening ke, dia hanya melakukan kerja dia untuk mendapatkan perhatian penonton dan sokongan,” tambahnya.
Yusrry juga mengakui Maria sendiri bijak menyedari keterbatasan vokalnya dan memahami bahawa peserta lain mempunyai kekuatan masing-masing dari segi nyanyian. “Kalau nak go on vokal, dia tahu dia ada vokal limitation, dia tahu peserta lain ada kekuatan di sana,” jelasnya.
Dalam pada itu, Yusrry mengingatkan penonton supaya tidak melihat Kilauan Emas Selebriti sebagai sebuah pertandingan nyanyian yang perlu diambil terlalu serius. “Ini bukan pertandingan nyanyian, dan mereka buat untuk kebajikan. Saya rasa semua orang perlu serius. Ianya untuk hiburan dan melihat mereka yang tidak pernah menyanyi sebelum ini menyanyi,” ujarnya.
Untuk rekod, Maria Tunku Sabri merupakan personaliti televisyen popular Malaysia yang sangat sinonim dengan gelaran “Maria Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)”. Walaupun nama beliau mempunyai gelaran “Tunku”, latar belakang keturunan keluarga beliau mempunyai keunikan tersendiri iaitu warisan pemuzik Nobat Diraja Kedah. Beliau berkahwin dengan suaminya, Rizal Ramli pada 21 April 1996 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, termasuk seorang anak perempuan bernama Nazneen
0 Response to ""Tak kisah pun dibuang.. Maria ni kluarga raja.. mmg dah kaya.."- Tersingkir di separuh akhir Kilauan Emas Selebriti mlm tadi.. Reaksi Maria Tunku Sabri kpda juri buat ramai terkejut😱😨.. Beraninya ckp mcm tu.. "
Post a Comment