Peguam yang pernah mewakili Emira Delyati Dewi, Alan Razak, tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung isu yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.
Menerusi hantaran di media sosial, Alan berkata kenyataan yang dibuat sebelum ini merupakan kenyataan pertama dan terakhir daripadanya mengenai perkara tersebut.
Hantaran Media Sosial (@alanrazak):
"I have said before that my statement on the matter was the first and the last I would make. There will be neither further statements nor clarifications to be issued on my part.
Lantak lah nak gaduh ke nak leak ke. Tugas saya dah selesai. Jangan nak tag atau mesej. Saya sudah tidak berkapasiti apa-apa lagi. Saya bebas mewakili sesiapa, hatta pihak lawan dalam kes terdahulu.
Kalau nak tag, tag kedai makan mana ada jual belangkas di KL ni. Itu memang kapasiti saya tak pernah habis.
Thank you."
Sambungan Artikel:
Alan turut menjelaskan bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai sebarang kapasiti untuk bertindak bagi mana-mana pihak dalam perkara berkenaan.
"Saya sudah tidak berkapasiti apa-apa lagi. Saya bebas mewakili sesiapa, hatta pihak lawan dalam kes terdahulu."
Kenyataan tersebut dibuat ketika isu membabitkan Cik Epal dan Dewi kembali menjadi perhatian selepas kes saman antara kedua-dua pihak sebelum ini diselesaikan secara baik.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan prosiding kes melibatkan Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam turut tersebar di media sosial sejak semalam.
Bahan yang dikongsikan itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila netizen mendakwa terdapat pendedahan mengenai konflik rumah tangga pasangan tersebut. Antara yang menjadi perhatian termasuk beberapa tangkap layar perbualan serta dakwaan mengenai barangan...

0 Response to ""Lantak lah nak gaduh ke nak leak ke. Tugas saya.." - Peguam Dewi buka cerita. Ini Gambar bukti baru "
Post a Comment